Hiburan
Kenapa Fattah Amin Tak Hadir ABPBH 32? Ini Jawapan Empunya Badan, Rupa-Rupanya....
Aktor Fattah Amin telah meraih trofi Anugerah Pelakon Filem Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) yang berlangsung malam tadi.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Fattah mengakui terkejut selepas mengetahui berita kemenangannya.
Walaubagaimanapun, Fattah menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang telah diberikan di samping tidak lupa dengan jasa peminat yang tidak pernah kenal erti penat mengundi.
"Assalamualaikum buat semua. Dalam kesibukan serta fokus dalam tugas lakonan saya dikejutkan dengan rezeki kemenangan Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular di ABPBH 2019 semalam.
"Alhamdulillah... Saya amat bersyukur di atas kurniaan rezeki Allah swt ini. Ucapan terima kasih saya juga buat semua peminat yang mengundi saya," tulisnya.
Tambah suami kepada pelakon Fazura ini, dia mendedahkan faktor kesihatan yang menyebabkan dirinya tidak dapat hadir di malam berprestij itu.
"Buat pengetahuan semua, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran filem terbaru saya “Miimaland” disertai dengan pelbagai tugas-tugas lain.
"Jadual padat saya telah membuatkan saya kurang sihat dan tidak bermaya justeru tidak dapat hadir ke Majlis ABPBH semalam.
"Namun anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus bekerja keras dalam memberikan persembahan yang terbaik untuk filem yang ditugaskan sekarang dan masa-masa akan datang.
"Terima kasih buat semua warga @beritaharian, @tv3malaysia dan terutamanya semua peminat yang ikhlas menyokong saya dan kerjaya saya walau apa pun keadaan. Saya mendoakan semoga Allah swt merahmati anda semua," tulisnya lagi.
Pelakon dan pengacara Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 32.
Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein.
ABPBH 32 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Ismail Izzani, Sufian Suhaimi, Idayu, Liza Hanim, Ernie Zakrie dan ramai lagi.