Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Kenapa Saya Dikaitkan?” - Maya Karin Nafi Jadi Punca Nik Nazmi Bercerai

Fiza Kamarudin 03/07/2019 | 06:04 MYT
Pelakon dan penyanyi Maya Karin menafikan menjadi punca keruntuhan rumah tangga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pelakon filem Ombak Rindu itu menegaskan, perceraian Nik Nazmi dengan Dr. Imaan Abdul Rahim tiada kaitan dengannya.
Menurut laporan portal Utusan Malaysia, Maya mengakui mengenali Nik Nazmi, namun hubungan mereka sekadar kenalan biasa sahaja seperti mana dengan beberapa ahli politik lain.
“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).
“Tetapi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan.
“Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” katanya seperti dilapor portal Utusan Malaysia.
Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 39, berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan dia didakwa sebagai punca keruntuhan rumah tangga Nik Nazmi dan Dr Imaan.
Maya juga menegaskan, dia tidak terkejut dengan dakwaan terbaharu ke atasnya memandangkan sebelum ini pun, namanya sudah sering dikaitkan dalam skandal dengan ahli politik.
“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” ujarnya lagi.
Pada Selasa, rumah tangga Nik Nazmi dan Dr Imaan yang berusia 14 tahun berakhir dengan perceraian.
Pasangan berkenaan berpisah dengan talak satu dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.
Sumber: Astro Awani
Foto: Google Image & Instagram @maya_karin
#cerai #Maya Karin #Nik Nazmi
;