Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kepala *** Kau Tu Aku! Fitnah Level Bangsat!” – Tiz Zaqiyah Berang Dikaitkan Dengan Foto Bogel

Fiza Kamarudin 31/12/2021 | 14:15 MYT
Pelakon Tiz Zaqiyah meluahkan rasa kesal apabila sebuah blog hiburan mengaitkan dirinya dengan foto bogel seorang wanita.
Tiz yang juga berang dengan tindakan blog tersebut menerusi ciapannya di Twitter menafikan foto tersebut adalah miliknya.
“Kepala ba**r kau tu aku lahanat. Tengok content (kandungan) dia pun penuh dengan benda-benda lucah,” ciapnya.
Ciapan Tiz turut mendapat perhatian pengikut di laman sosial tersebut yang mahu dia mengambil tindakan terhadap pemilik blog terbabit.
Suami kepada Nora Danish, Nedim Nazri juga antara yang meluahkan rasa marah dengan laporan berita palsu dan melampau tersebut.
Dalam artikel yang disiarkan portal berkenaan, Tiz konon-kononnya telah membuat pengakuan bahawa gambar bogel berkenaan adalah dirinya yang dirakam untuk simpanan peribadi.
Menerusi perkongsian semula Tiz, blog tersebut telah memuat naik artikel bertajuk: “Itu gambar saya, macam mana boleh tersebar – Tiz Zaqyah”.
#Blog Fitnah #Gammbar Bogel #Tiz Zaqiyah
;