Laman Utama

“Kerana Dituduh Pedofilia Kontrak Kerja Saya Digugurkan” - Alvin Chong

Fiza Kamarudin
02/10/2020
09:22 MYT
Sponsor Banner
“Kerana Dituduh Pedofilia Kontrak Kerja Saya Digugurkan” - Alvin Chong
Penyanyi dan pelakon Alvin Chong meluahkan rasa kecewa apabila kontraknya dengan sebuah syarikat aplikasi gara-gara gosip bercinta dengan gadis bawah umur.
Gosip tersebut juga menyebabkan penyanyi Sayang Salmah itu dituduh pedofilia.
“Saya kecewa disebabkan berita tidak benar dan tidak masuk akal, kontrak saya dengan sebuah syarikat aplikasi dibatalkan.
“Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya agak terkilan kerana impak kontroversi tersebut terhadap diri saya agak besar sebenarnya.
“Bukan saya saja tapi Athalia juga tertekan dengan isu ini. Saya kasihankan dia kerana dia akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini,”kata Alvin.
Alvin ketika ditemui Gempak pada Jumaat, turut menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Athalia Deena Buawani yang juga anak kepada penyanyi Sharifah Zarina.
“Tak sangka pula TikTok dimuat naik Athalia boleh menjadi isu sehingga ada yang menuduh kami bercinta.
“Kami berjumpa atas dasar kerja malah, ibu Athalia sendiri yang menghantar dia ke sana,” ujarnya.
Bagaimanapun Alvin berkata dia tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mencetus kontroversi tersebut.
“Biarlah, cuma saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media tergempar yang diadakan di Universal Music sebentar tadi.
Sementara itu ibu kepada Athalia mengakui menghantar anaknya bertemu Alvin atas dasar kerja.
“Ya saya tahu mereka ada urusan kerja dan saya yang hantar Athalia pada hari tersebut. Saya dan anak saya tidak pernah berenggang dan saya tahu setiap aktiviti dilakukan,” katanya.
Pada Sabtu lalu nama Alvin menjadi perbualan hangat di laman sosial Twitter apabila warganet membuat spekulasi dia bercinta dengan gadis bawah umur.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar