Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Bollywood

Kerana Hrithik Roshan, Suami Bunuh Isteri Sebab Cemburu

Amri Hassan 12/11/2019 | 08:58 MYT
Hanya kerana terlampau obses meminati bintang terkenal Bollywood, Hrithik Roshan, seorang suami telah menikam isterinya hingga mati.
Kejadian berlaku di Queens, New York itu dikatakan berpunca daripada cemburu melampau terhadap isterinya.
Dineshwar Budhidat, 33, didakwa menikam isterinya, Donne Dojoy, 27, sebelum bertindak membunuh diri pada Jumaat lalu.
Rakan Donne, Mala Madhani memberitahu Dineshwar akan memaksa isterinya menutup televisyen seandainya ada filem lakonan Hrithik sedang ditayangkan.
"Setiap filem lakonan Hrithik, dia pasti nak tonton," katanya kepada New York Post.
Donne meminati hampir kesemua filem lakonan Hrithik terutama Kaho Naa Pyar Hai yang pernah melonjakkan nama aktor itu sekitar awal tahun 2000.
Terdahulu pada Ogos lalu, Dineshwar ditahan pihak berkuasa kerana bertindak mencekik dan menampar isterinya di luar kediaman mereka.
Dineshwar sepatutnya menjalani hukuman pada Januari depan.
Sumber: New York Post
#Hrithik Roshan #Bollywood #Bunuh
;