Hollywood
Kerana Ketumbit, Sam Smith Jalani Pembedahan Mata Di New Zealand
Bintang pop terkenal Britain, Sam Smith telah selamat menjalani pembedahan mata pada hari ini (Rabu) di New Zealand.
Penyanyi yang popular dengan lagu Stay With Me itu dimasukkan ke hospital ketika sedang bercuti di negara tersebut.
"Saya akan dibedah dalam masa 20 minit lagi dan sangat takut.
"Tetapi saya 'teruja' untuk memakai topeng pelindung sebelah mata," tulisnya menerusi Instastories baru-baru ini.
Pembedahan matanya itu dilakukan atas nasihat doktor.
Sam turut memuat naik beberapa keping foto keadaan matanya yang didakwa terkena jangkitan kuman hingga prosedur selepas pembedahan.