Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kerana Penat Melampau, Maya Karin Alami Anxiety Attack Dalam Air - “Nasib Baik Ada Medic On Set”

Izwan Isa 04/10/2022 | 09:26 MYT

Pelakon dan penyanyi Maya Karin mendedahkan yang dia diserang anxiety attack ketika sedang menjalani penggambaran dalam air bagi filem Telaga Suriram semalam.

Menurut pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu, kejadian mencemaskan tersebut berlaku sekitar pukul 3 pagi.

View this post on Instagram

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

“Keresahan (anxiety) menyerang lagi semalam, ketika sedang menjalani penggambaran babak dalam air. Saya perlu berehat sebentar pada pukul 3 pagi untuk mendapatkan oksigen tambahan.
“Nasib baik ada medic on set. Itu yang pelik, bukannya saya tak boleh berenang, atau pun tak biasa dengan air,” tulisnya di Instagram.
Maya turut mendedahkan yang serangan tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh kepenatan melampau selepas pulang daripada Singapura atas urusan kerja.
“Rasa-rasanya antara punca semalam adalah over exhaustion (kepenatan melampau) from a hectic work trip kat Singapore dan terus ke set bagi penggambaran dalam air pada sebelah malamnya.
“Badan saya dan fikiran saya dan otak saya ke freeze zone. Otak macam jem gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam,” katanya lagi.
Selain Maya Karin, filem Telaga Suriram turut dibintangi oleh pelakon popular lain seperti Nabila Huda dan juga Farid Kamil.
Untuk rekod, Maya sebelum ini pernah berkongsi tentang serangan anxiety yang dihadapinya.
Menurut Maya, dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan tangannya menjadi menggeletar ketika serangan berlaku.
BACA: “Rasa Macam Nak Mati, Tak Boleh Bernafas” - Maya Karin Dedah Pengalaman Serangan Anxiety
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

;