Hiburan

Kerana Twitter, Persahabatan 25 Tahun Kajol - Karan Johar Musnah

Kamaruddin Razal
17/01/2017
13:47 MYT
Sponsor Banner
Kerana Twitter, Persahabatan 25 Tahun Kajol - Karan Johar Musnah
Pengarah filem Bollywood, Karan Johar mendedahkan bagaimana hubungan sahabat yang terjalin antara dirinya bersama pelakon terkenal Bollywood, Kajol musnah.
Hubungan baik yang berlangsung selama 25 tahun antara Karan dan Kajol putus kerana laman sosial Twitter.
Semuanya gara-gara filem arahan Karan, Ae Dil Hai Mushkil ditayangkan serentak bersama Shivaay, filem arahan suami Kajol, Ajay Devgan.
Tindakan Ajay yang lantang menuduh Karan merasuah seorang pengkritik filem terkenal Bollywood untuk memberikan persepsi negatif mengenai filem Shivaay di Twitter mengundang kemarahan Karan.
Memburukkan lagi keadaan, Kajol turut menyokong tindakan suaminya dengan me-retweet semula kenyataan Ajay dan perkara tersebut melukakan hati Karan.
“Saya tidak mahu mendengar atau bertemu dengan pasangan tersebut. Saya tidak pernag teringin untuk dekat atau bersahabat dengan Ajay. Selama ini saya diamkan sahaja kerana Kajol adalah sahabat baik saya.
“Selepas 25 tahun, semuanya telah berubah. Saya tidak mahu lagi Kajol kembali ke dalam hidup saya. Saya juga rasakan Kajol turut merasakan perkara yang sama,” kata Karan menerusi buku biografinya yang berjudul The Unusuitable Boy.
Sebelum ini, Karan bersahabat baik dengan Kajol dan mereka mempunyai hubungan yang sangat akrab. Kajol terlibat dalam filem terkenal arahan Karan, Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushie Kabhi Gham.
Olahan oleh: Kamaruddin Razal Sumber: Pinkvilla
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar