Kerap Disoal Tambah Cahaya Mata Kedua, Ini Komen Ain Edruce!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dan gelagat keluarganya di media sosial.
Minta doakan
Disoal mengenai rancangan untuk menambah cahaya mata lagi, Ain Edruce hanya meminta orang ramai untuk mendoakannya.
“Doakan lah kami, kami pun mestilah nak tambah anak lagi,” ujarnya ringkas.
Tiba masanya
Sementara itu, Ain turut berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk menimang cahaya mata yang kedua untuk menemani anaknya, Soraya.
“Terutamanya Soraya kesian dia sorang-sorang dekat rumah tengok dia bercakap dengan patung, bercakap dengan sofa, bercakap dengan kereta.
“Dah tiba masa lah dia ada adik, minta semua doakan ya,” ujarnya dengan nada seloroh ketika ditemui Gempak.
Ain dan suami ditemui ketika majsli Sidang Media dan Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024.
Untuk rekod, Ain berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz, 31, pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata, Soraya pada 19 Mei 2021.
Berita Trending: Didakwa Garang Dengan Staf, Ini Respon Mirul & Ain Edruce!
Berita Trending: Anak Diserang Sawan, Ain Edruce Kongsi Keadaan Terkini Soraya - "Suhu Badan Dah Turun, Doktor ..."