Hiburan

Kerap Makan Dada Ayam, Avocado & Telur, Rahsia Yoon Seung Ah Cepat Kurus

Syafiqah Jalal
09/03/2017
09:37 MYT
Sponsor Banner
Kerap Makan Dada Ayam, Avocado & Telur, Rahsia Yoon Seung Ah Cepat Kurus
Pelakon Korea, Yoon Seung Ah perlu memantau berat badannya untuk memastikan dirinya kelihatan cantik ketika memakai gaun pengantin untuk salah satu babak dalam drama online The Birth of A Mrs.
Menerusi akaun Instagramnya, Seung Ah kerap berkongsi foto-foto makanan sihat yang dimasak olehnya untuk tatapan peminat.
Antara bahan makanan yang menjadi pilihan aktres berusia 33 tahun ini adalah dada ayam, buah Avokado dan telur.
Seung Ah juga lebih selesa mengambil inisiatif untuk memasak sendiri makanan kesihatan terutamanya sarapan pagi.
Dalam pada itu, ada juga di antara foto-foto yang dikongsi olehnya itu disertakan bersama resepi.
“Pumpkin + chicken breast + ham & seed + almond,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, ternyata tindakan Seung Ah membuahkan hasil apabila dia kelihatan begitu cantik ketika menggayakan gaun pengantin untuk babak perkahwinan tersebut.
Saksikan dramaThe Birth Of A Mrs yang disiarkan secara online menerusi portal Gempak.com
Drama 10 episod ini merupakan drama Korea online pertama yang ditayangkan di Gempak.com.
Untuk menonton episod penuh, KLIK DI SINI
Teks oleh: Mya Amri
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar