Laman Utama

Kerap Show Off Maklumat i-Sinar? Anda Mungkin Dalam Bahaya!

Hanafis Haris
01/03/2021
23:48 MYT
Sponsor Banner
Kerap Show Off Maklumat i-Sinar? Anda Mungkin Dalam Bahaya!

Dalam tempoh beberapa hari saja lagi, kebanyakan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bakal menerima ‘durian runtuh’ apabila permohonan i-Sinar bakal diluluskan.

Ketika itu pastinya orang ramai akan berkongsi kegembiraan termasuklah memuat naik gambar kelulusan berkenaan di platform media seperti Facebok.

Walaubagaimanapun, KWSP menerusi satu kenyataan dikeluarkan memberi amaran supaya orang ramai tidak berkongsi kegembiraan itu di media sosial.

“Sentiasalah berwaspada dan jangan kongsi maklumat bank atau status permohonan i-Sinar anda di media sosial.

“Anda mungkin menjadi mangsa penipuan seterusnya!

“Laporkan sebarang info yang mencurigakan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000,” kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di Facebook, rata-rata tidak sabar menunggu tarikh penting tersebut.

Jelas mereka, KWSP sudah terlalu lama menangguh kelulusan i-Sinar.

Untuk rekod, ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang sudah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac ini.

KWSP dalam kenyataannya memaklumkan, ia termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh terbabit, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar