Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Kereta Lama Pecah Rekod Dunia Guinness Dengan Hanya Menggunakan Caltex Dengan Techron®, Kereta Anda Juga Boleh!

Azwa Rahman 24/07/2019 | 08:10 MYT
Misi menakluk Gunung Doi Chang di Thailand bukan sesuatu yang mustahil apabila pemandu profesional kacukan Jamaica dan China, Natasha Chang berjaya merentasi gunung tersebut dengan pendakian terpantas dengan kereta.
Pencapaian itu sekaligus mencipta satu Rekod Dunia Guinness yang baharu apabila Natasha hanya mengambil masa selama 6 minit 52.692 saat untuk merentasi pendakian berbahaya itu.
Menggunakan kereta Honda Civic EG6 lama yang dikuasakan oleh Caltex dengan Techron®, pecutan bertenaga itu berjaya memecah Rekod Dunia Guinness di laluan gunung Doi Chang, Chiang Mai, Thailand pada Mac lalu.
Lebih menariknya, rekod ‘Fastest Ascent of Doi Chang Mountain Road by Car” itu disertai oleh seorang lagi peminat kereta dan juga pengacara televisyen dari Filipina, KC Montero.
Dua jaguh ini saling bertempur untuk mencatatkan masa terpantas. Namun KC Montero terpaksa pulang dengan tempat kedua apabila mencatatkan masa 7 minit 30 saat, lambat sedikit berbanding catatan Natasha.
Menurut Pengerusi Chevron Malaysia Limited, Shahid Ahmed, “kejayaan dalam Rekod Dunia Guinness itu membuktikan bagaimana kebersihan enjin boleh dilakukan oleh Techron® pada tahap optimum sekali gus memberi kuasa maksimum kepada kenderaan anda.”
Kejayaan manis itu diraikan dalam sebuah majlis penuh gemilang di One World Hotel, Petaling Jaya pada Isnin, 8 Julai 2019
Turut sama hadir adalah Pengurus Kejuruteraan Produk Caltex, Greg Engeler dan Dato’ Hans Isaac selaku rakan selebriti Caltex Malaysia.
Caltex dengan Techron® mengandungi Clean & Glide Technology yang membantu mengurangkan geseran sekali gus memaksimumkan kuasa kenderaan.
Apabila menggunakan bahan api di Stesen Caltex, pelanggan juga akan merasai sendiri prestasi kenderaan pada tahap maksimum dan pemanduan yang lancar.
#Kereta #Enjin #Perlumbaan
;