Laman Utama
“Kering Macam Plywood, Cicak Kubing!” – Jadi Mangsa Body Shaming, Peminat Tampil Pertahan Mimi Lana
Pelakon Mimi Lana baru-baru ini menjadi mangsa penghinaan bentuk badan selepas dikatakan terlalu kurus oleh warganet.
Antara gelaran yang diberikan kepada Mimi ialah kering seperti plywood, kurus macam cicak kubing termasuk mendakwa bentuk tubuh seperti itu tidak dipandang kaum adam.
“Tak payah tengok guys, papan plywoosd je ni,” tulis seorang pengguna Instagram pada ruangan komen.
“Ini bukan ‘body goal’, kurus macam cicak kubing! Bentuk tubuh idaman wanita sepatutnya kena ada buah dada dan punggung pejal,” komen seorang warganet pada posting yang dimuat naik Mimi.
“Setuju, kena ada asset dan potongan macam hour glass barulah ‘body goal’ perempuan bukan nipis dan rata,” sokong seorang lagi.
Komen-komen negatif tersebut mencetus rasa kurang senang di kalangan peminat Mimi dan meminta pelakon tersebut tidak menghiraukannya.
“Buat malu orang Malaysia saja tengok komen yang sangat negatif tentang tubuh badan dia. Macam mana bangsa nak maju bila asyik hipokrit dan memperlekehkan orang kita sendiri.
“Mimi Lana, apapun yang orang perkatakan tentang awak abaikan kerana awak sangat cantic dengan cara awak tersendiri. Saya sukakan bentuk badan awak yang slim dan lean! Keep it up!
“Tolong berhenti cyber bullying her! Saya tak kenal Mimi Lana secara peribadi tetapi saya menonton filem dan drama lakonan dia. Semua orang cantik dengan cara mereka tersendiri tak kiralah gemuk atau kurus! Siapa kita nak menghukum penampilan mereka?,” antara komen postif ditulis pada ruangan komen.
Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 24, sering menjadi mangsa kecaman netizen kerana bentuk badannya.
Sehingga ada yang mencadangkan agar Mimi menambah berat badan, namun pelakon filem Pusaka itu tidak pernah memberi reaksi negatif terhadap komen-komen tersebut.