Laman Utama

Kerja Dah Settle Tapi Payment Belum Dapat, Nabila Huda; "Masa Nak Panggil Punyalah Mengampu, Bila Dah Dapat ..."

Amri Hassan
06/03/2021
09:55 MYT
Sponsor Banner
Kerja Dah Settle Tapi Payment Belum Dapat, Nabila Huda; "Masa Nak Panggil Punyalah Mengampu, Bila Dah Dapat ..."
Pelakon Nabila Huda kesal terhadap sikap pihak produksi yang memungkiri janji untuk membayarnya selepas 2 minggu selesai penggambaran.
Jelas Nabila atau lebih mesra disapa Abil menerusi Instagramnya, pihak tersebut hanya berdiam diri sehingga dia sendiri terpaksa bertanyakan soal bayaran.
"Saya benci gila orang mungkir janji... saya ada buat job sebelum ini. Dah la masa awal tu, dia dah failed. Saya layan saja sebab dia janji tapi mungkir janji sebab ada masalah lain.
"Ikut kontrak, sepatutnya saya dapat gaji 14 hari selepas selesai kerja. Yang paling best, kita pula nak kena mesej ingatkan fasal bayaran. Kenapa benda ini tak pernah selesai?
"Kami sebagai pelakon, selalu berdepan dengan masalah bayaran lewat. Saya tak suka orang mungkir janji. Kita pun ada perasaan, sekurang-kurangnya beritahu ada masalah... janganlah sampai kita call," kata Nabila.
Pada masa sama, Abil memberitahu dia sudah memberikan komitmen sepenuhnya dan melakukan kerja dengan baik namun tidak mendapat kerjasama dari pihak berkenaan.
Bukan sahaja tidak mengikut kontrak yang sudah dipersetujui, Abil terpaksa mendengar pula pelbagai alasan dan masalah yang dihadapi pihak terbabit.
"Masa nak panggil kita... punya la mengampu, sayang, suka pada talent itu, bukan main lagi. Bila dah dapat, patut tunaikan tanggungjawab, tak dapat buat.
"Kita dah beri komitmen 100 peratus dan buat kerja sebaik yang mungkin. Lepas itu, nak dapat gaji... kita pula nak fikir masalah kewangan mereka. Kenapa pula saya nak kena dengar masalah korang?
"Padahal aku dah lakukan kerja seperti mana yang korang nak. Kalau dah tulis dalam kontrak, bayar la on time. Bila dah tiba waktu bayaran, semua senyap. Aku pula nak kena mesej, nak kena tanya gaji masuk bila," ujarnya.
Ekoran situasi berkenaan, Abil akui dia berasa malu kerana terpaksa bergaduh demi mendapatkan bayaran.
"Kasi muka sikitlah... jatuh maruah aku nak tanya bayaran, nak kena marah-marah, nak kena buang tenaga aku... why? Siapa punya tanggungjawab... job scope?
"Aku sebenarnya geli nak bertekak dan bergaduh sebab duit... buruk perangai tapi itu duit gaji aku. Kau yang patut tahu kena buat apa. Kau punya talent dah buat yang terbaik dan semua happy tapi aku nak kena tunggu dapat gaji susah betul," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024