Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

Awani
26/07/2024
01:35 MYT
Sponsor Banner
Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah
Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pagi Jumaat.

Dituduh Mengikut Seksyen 302

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Suspek yang memakai baju hitam dengan pelitup muka tiba jam 9.05 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Pada masa sama, lebih 30 petugas media sudah berkumpul di perkarangan mahkamah bagi membuat liputan. Pada 15 Julai, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Penemuan mayat mangsa adalah hasil soal siasat ke atas suspek yang juga kenalan kepada mangsa. Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 Julai hingga 22 Julai sebelum tempoh reman ke atasnya disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis Perak mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya yang bertugas di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

BERITA TRENDING:Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

​BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

​BERITA TRENDING:Individu Ini Terpegun Lihat Pusara Farah Kartini Tak Putus-Putus Terima Ziarah - “Apa Amalan Arwah..”

​BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

Suspek yang berasal dari Melaka juga sudah mendirikan rumah tangga.
Dalam siasatan terhadap pembunuhan itu, pasukan penyiasat polis melakukan pelbagai operasi mencari dan mengesan bahan bukti di beberapa lokasi sekitar daerah Hulu Selangor dan Muallim dan Slim River di Perak.
Pencarian yang dijalankan oleh pasukan forensik termasuk unit skuba itu membawa kepada penemuan telefon bimbit dalam parit serta kunci kereta dan dompet dalam Sungai Trolak.
Sumber: AWANI
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar