Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

Gempak 22/07/2024 | 08:10 MYT
Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4 pada Isnin.

Barang Dipercayai Milik Mangsa?

Berdasarkan pemerhatian Bernama di lokasi, kunci itu ditemukan oleh seorang penyelam daripada unit berkenaan kira-kira jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter daripada jambatan kecil di sungai itu yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.
Terdahulu, tiga kenderaan termasuk dua pacuan empat roda tiba di kampung itu bagi menyambung pencarian bahan bukti yang ditangguh pada Jumaat lepas akibat arus deras dan keruh susulan hujan lebat.
Seramai lima penyelam unit tersebut melakukan pencarian pada radius 300 meter dari jambatan berkenaan.
Antara barangan milik Nur Farah Kartini yang dicari pada hari ini difahamkan melibatkan kelengkapan solat, beg duit dan pengecas telefon bimbit.

BERITA TRENDING:Individu Ini Terpegun Lihat Pusara Farah Kartini Tak Putus-Putus Terima Ziarah - “Apa Amalan Arwah..”

​BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

​BERITA TRENDING:Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

​BERITA TRENDING:Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Akan Disambung Reman Esok

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang pada 15 Julai.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, unit berkenaan turut menemukan satu lagi bahan bukti penting iaitu dompet dipercayai milik Nur Farah Kartini di sungai tersebut.
Dompet itu ditemukan pada 12.20 tengah hari tadi kira-kira lima meter dari lokasi kunci berkenaan ditemukan.
Ketika ditanya pemberita sama ada terdapat kad pengenalan Nur Farah Kartini dalam dompet tersebut, penyelam terbabit berkata, "ada".
Pasukan penyelam menamatkan operasi pencarian mereka pada kira-kira 1 tengah hari selepas berpuas hati dengan kerja pencarian hari ini.
Sumber: BERNAMA
#Viral #Berita #Bunuh #Jenayah #Polis #Kunci #Farah Kartini
;