Berita

Kes Bunuh Surya: Ibu Yakin Anak Tak Bersalah, "Saya Tahu Dia Tidak Menipu ..."

Zulaikha Yusof
05/11/2020
10:16 MYT
Sponsor Banner
Kes Bunuh Surya: Ibu Yakin Anak Tak Bersalah, "Saya Tahu Dia Tidak Menipu ..."
Kisah pembunuhan seorang remaja, Siti Nur Surya Ismail yang didakwa dibunuh oleh rakannya sendiri iaitu Siti Nur Surya Ismail masih terus dibicarakan.
Ibu kepada suspek bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, menyatakan dia yakin anaknya tidak bersalah dalam kes pembunuhan Surya yang ditemui mati di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu pada Ahad lalu.
Kepada Sinar Harian, dia mengatakan anak sulung yang dipanggil Kakak itu adalah anak harapan dan sangat memahami kemiskinan hidup yang dihadapi mereka sekeluarga selama ini.
"Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah.
"Kakak pernah menolak beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana kami tidak ada duit, tetapi dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda protes malah kakak pula pujuk saya, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan dibuatnya.
"Dia juga tidak kisah kalau terpaksa memakai baju sekolah terpakai yang disedekahkan orang ramai dan pakaian harian yang dipakainya hari-hari pula kebanyakan baju dan tudung yang disedekahkan kepada kami. Dia tidak malu walaupun mengenakan pakaian sama sahaja," katanya.
Menurutnya, kakak yang bercita-cita menjadi guru selalu memberi semangat kepadanya agar sentiasa kuat untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan selain memberi semangat kepadanya dengan berjanji yang dia akan berusaha membela nasib keluarga.
Ketika diminta menceritakan bagaimana anaknya mengambil keputusan tampil ke balai polis, dia berkata, keputusan itu bukan disebabkan dia yang memujuk tetapi anak perempuannya sendiri yang mengajak ke sana.
"Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 pagi, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.
"Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.
"Memang agak terkejut selepas dimaklumkan, saya terus bertanyakan kakak sepanjang menemaninya di balai polis sebanyak tiga kali, adakah betul kakak yang buat, tapi dia jawab tak buat dan saya tahu dia tidak menipu," katanya lagi.
Terdahulu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang, kelmarin.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar 9 pagi.
Mangsa yang turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh menggunakan senjata tajam.
BACA: Kes Samun Atau Dendam? Bapa Terkejut Arwah Sudah Lama Tidak Berkawan Dengan Suspek
BACA: Kes Bunuh Surya: Suspek Dakwa Diejek Miskin & Masih Tak Punyai Teman Lelaki
Sumber & Foto: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar