Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Kes Bunuh Surya: Suspek Dakwa Diejek Miskin & Masih Tak Punyai Teman Lelaki

Hanafis Haris 03/11/2020 | 16:45 MYT

Kelmarin, Malaysia digemparkan dengan kes permbunuhan membabitkan seorang gadis dikenali sebagai Siti Nur Surya Ismail berusia 19 tahun.

Mangsa dikatakan telah dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Terbaru, polis tidak menolak kemungkinan rasa tidak puas hati akibat sering disindir menjadi punca pembunuhan Siti Nur Surya di Kampung Lubok Batu, Telemong itu.

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek ada membuat pendedahan mengenai motif kejadian itu ketika tampil ke Balai Polis Telemong.

Menurutnya, suspek memaklumkan mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin.

“Ibunya hanya bekerja sebagai tukang cuci manakala bapanya hanya bekerja kampung berbanding kehidupan keluarga mangsa yang agak senang.

"Suspek turut mendakwa kononnya mangsa suka mengejek dengan mengatakan yang dia tidak cantik . Kekurangan itu menjadi punca dia masih tidak mempunyai teman lelaki sehingga suspek sering memendam rasa,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Terdahulu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar 9 pagi.

Mangsa yang turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh menggunakan senjata tajam.

BACA: Kes Samun Atau Dendam? Bapa Terkejut Arwah Sudah Lama Tidak Berkawan Dengan Suspek
Sumber: Harian Metro
Gambar: Astro Awani

#Jenayah #Surya
;