Laman Utama

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Zayn Masih Hidup Sekitar 5 Petang, Saksi Dakwa Nampak Di Blok R

Gempak
14/12/2023
11:46 MYT
Sponsor Banner
Kes Bunuh Zayn Rayyan: Zayn Masih Hidup Sekitar 5 Petang, Saksi Dakwa Nampak Di Blok R
Misteri kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan masih belum terungkai namun pihak berkuasa tempatan giat mencari bukti serta punca insiden yang menarik perhatian negara itu.
Terkini Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata dua saksi memaklumkan ada terlihat Zayn Rayyan antara jam 5 hingga 5.30 petang pada hari terbabit.
Zayn disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 5 Disember.
Dua saksi berkenaan dikatakan ada terlihat mangsa di tingkat dua dan tiga Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, dalam keadaan berseorangan.
Menurutnya, kedua-dua saksi yang memberi petunjuk baharu itu dapat dikesan melalui pemeriksaan pintu ke pintu (mass screening) membabitkan penduduk Apartment Idaman di sini sejak 8 Disember lalu.
Melalui mass screening itu, pihak polis mendapati ada dua kanak-kanak terlihat mangsa berada di tingkat dua dan tingkat tiga di Blok R pada hari berkenaan," katanya kepada Berita Harian.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jantina dan umur kedua-dua saksi kanak-kanak itu.
Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6 tahun, disedari hilang kira-kira jam 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, di blok kediaman mereka di Apartmen Idaman, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial selain membuat satu laporan polis pada jam 6.36 petang hari sama.
Terdahulu, BH melaporkan polis mempertingkatkan siasatan termasuk pemeriksaan pintu ke pintu serta melakukan saringan sampel DNA beramai-ramai di Apartmen Idaman dan setakat Ahad lalu, polis selesai mengambil sampel daripada 228 individu.
Ia bagi membantu siasatan polis dalam merungkai kes pembunuhan kanak-kanak istimewa berusia enam tahun itu yang ditemui mati di sebuah anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya di Blok R apartmen terbabit.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar