Laman Utama

Kes Jagaan Anak-Anak: Kecewa Hafidz Buat Pusingan U, Shuhada Dedah - "Humairah Berada Dalam Mental Tak Stabil..."

Syafiqah Jalal
12/06/2023
13:08 MYT
Sponsor Banner
Kes Jagaan Anak-Anak: Kecewa Hafidz Buat Pusingan U, Shuhada Dedah - "Humairah Berada Dalam Mental Tak Stabil..."
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuadan Mat Shukri, 29, kecewa suaminya menarik semula persetujuan kata sepakat tuntutan hadanah yang difailkan selepas proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.
Shuhada tidak menyangka Hafidz akan membuat pusingan U kerana beranggapan prosiding itu sudah dipersetujui sesama mereka.
“Mula-mula dia setuju semua bagi saya jaga, anak-anak tempat saya, tak ada bermalam semua. Sebabkan Humairah pun berada dalam keadaan mental tak stabil semua.
“Sejam berbincang, pegawai sulh itu pun cakap plaintif setuju atau tak, setuju. Bila pegawai sulh suruh keluar sekejap dan nanti panggil balik untuk tandatangan, tiba-tiba dia masuk balik cakap tak setuju semua,” katanya.
Kegagalan itu menyebabkan proses tuntutan hadanah terbabit akan ditetapkan untuk sebutan dalam mahkamah pula pada 12 September nanti.
Menurut Shuhada, dia semestinya tak beralah untuk menuntut haknya mengenai hak penjagaan itu meskipun kes terbabit terus tertangguh.
“Ini hadanah kekal, dia yang failkan, dia plaintif, saya defendan. Sebabkan anak-anak memang dengan saya kan. Ingatkan dia memang sudah tidak ambil tahu. Saya akan lawan untuk anak-anak saya,” katanya.
Pada prosiding hari ini, Suhada ditemani peguamnya Nurfarhana Abd Manaf manakala Hafidz ditemani Ummi Kartini Abd Latiff.
Pada 18 April lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah penuh dan sementara terhadap dua anaknya Humairah, 6, dan Umar, 2, di mahkamah sama.
Sebelum ini, Hafidz meluahkan rasa sedih apabila tidak berpeluang meraikan Hari Raya bersama dua anaknya.
Hafidz ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini berkata, dia hanya berpeluang berhubung dengan dua anaknya menerusi panggilan video.
Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar