Hiburan
Kes Kematian Kucing Di UM: Shima Aris Dedah Laporan Post Mortem - “Tiada Kesan Gigitan, Kesan Luka Objek Tajam..”
Kes kematian kucing di Universiti Malaya (UM) berjaya mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, menerusi laporan penuh analisis bedah siasat yang dikongsi oleh aktivis haiwan, Shima Aris mendedahkan bahawa luka di kaki kucing putih itu dipercayai daripada kesan objek tajam.
Laporan tersebut dikongsi selepas Sidang Media Khas Kes Pembunuhan Kucing yang diadakan di 10 Business Centre - Kayu Ara.
Malah, menerusi perkongsian tersebut, Shima turut meluahkan rasa kesal apabila tidak sempat menyelamatkan kucing tersebut.
“Saya minta maaf kami mendapat anda terlambat. Harap maklum bahawa anda dan rakan-rakan anda yang terkorban berada dalam fikiran kami dan kami. Tiada patah tulang dicatatkan pada badan yang satu lagi,” ujarnya.
BERITA BERKAITAN: Kucing Mati Putus Kaki, Perut Terbelah Di UM Bukan Akibat Didera
BERITA BERKAITAN: Kepala Berlumuran Darah, Polis Terima Laporan Kejadian Kucing Di Bunuh Dengan Kejam
Terdahulu, menerusi laporan media mendapati binatang itu diserang sekumpulan anjing liar.
Sebelum ini, media melaporkan dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM.
Perkongsian itu turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Sumber: Instagram Shima Aris