Berita

Kes Konsert Pinkfish: 49 Individu Sudah Direkod Keterangan

Gempak
07/01/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Kes Konsert Pinkfish: 49 Individu Sudah Direkod Keterangan
www.sinarharian.com.my/ampArticle/705900Lima lagi individu direkod keterangan berhubung siasatan kes kematian empat individu dipercayai akibat mengambil pil ekstasi ketika sambutan ambang tahun baharu konsert Pinkfish.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, jumlah yang direkodkan keseluruhan ialah seramai 49 orang setakat jam 5 petang, Selasa.
Menurutnya, setakat ini dua individu masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Keadaan dua individu termasuk wanita ini stabil tapi masih lagi lemah dan kita menunggu masa sesuai untuk dirakam keterangan.

"Polis juga sedang menunggu laporan toksikologi membabitkan empat individu yang meninggal dunia dalam kejadian terbabit," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, polis juga sedang berusaha mengenal pasti pelaku dipercayai menjual pil ekstasi di dalam dan luar konsert terbabit.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan polis telah selesai merekod keterangan 43 individu termasuk penganjur konsert Pinkfish.
Dalam kejadian di Bandar Sunway, Subang Jaya, pada 31 Disember, empat termasuk dua wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dilaporkan maut, dua menerima rawatan di ICU, manakala seorang lagi telah dibenarkan pulang oleh pihak hospital selepas kesemua mereka alami simptom sama.
Setakat ini, kes kematian telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Berikutan itu, Jumaat lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mendedahkan siasatan awal polis mendapati bekalan ekstasi diperoleh dari luar dan beli dalam premis ketika konsert terbabit.
Polis tidak menafikan ada individu berlegar di lokasi terbabit bagi menjual pil ekstasi dengan harga RM50 sebiji dan secara pakej iaitu tiga pil RM100.
Sumber:Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024