Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Kes Siakap Dia Mencelah, Kes Rina Pun Ada Juga" - Netizen Anggap DSV Cuba Tumpang Isu Viral

Asraf Aided 29/12/2021 | 08:24 MYT
Nama Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjadi tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Tidak ketinggalan, usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi sekeping foto bersama Rina dengan pesanan jangan menyindir menteri berkenaan.
"Tak baik duk kutuk kutuk YB, No No sindir please," tegasnya.
Seperti dijangka, ruangan komen dipenuhi reaksi berbeza daripada wargamaya.
Antara yang sempat dilihat Gempak, ada netizen yang seolah-olah merasakan DSV cuba mencelah masuk dalam isu yang sedang viral.
"Kalau viral je itu ini, mesti dia nak masuk juga," tulis seorang netizen.
"Betul-betul, cari publisiti murahan," sokong pengguna Instagram yang lain.
"Dia ni kes siakap dia mencelah, kes Rina ni dia ada juga," kata seorang lagi.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Bagaimanapun, DSV bertindak mendiamkan diri tanpa memberi respon kepada komen demikian rupa.
Terdahulu, tular sepotong video Rina sedang menyembur kawasan longkang dan koridor yang sudah bersih di sekolah.
Ia menjadi bualan netizen kerana menganggap Rina seolah-olah 'berlakon' di hadapan kamera hanya untuk tujuan bergambar.
Bagaimanapun, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil memberi penjelasan bahawa Rina mencuci kesan najis unggas dan cicak seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan.
BACA: Rina Harun Cuci Simen Bersih, JKM: "YB Mencuci Kesan Najis Unggas & Cicak..."
#Datuk Seri Vida #DSV #Vida #Rina Harun
;