Terkini

Kes Tertinggal Flight Sebab Boarding Pass Tak Tunjuk AM-PM, Zarul Umbrella; "Benda Simple Selalu Kita Lalai..."

Firdaus
17/04/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Kes Tertinggal Flight Sebab Boarding Pass Tak Tunjuk AM-PM, Zarul Umbrella; "Benda Simple Selalu Kita Lalai..."
Gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang, seorang pelajar yang berasal dari Sabah tertinggal penerbangan.

Tersalah Tengok Masa Penerbangan

Perkara itu terjadi apabila tiket penerbangan yang disangkakan dijadualkan pada jam 1.15 tengah hari (PM) rupa-rupanya adalah pada jam 1.15 pagi (AM).
Kisah yang terjadi pada gadis berkenaan dikongsikan oleh abangnya menerusi hantaran di Facebook. Menurutnya, bukan adiknya seorang sahaja yang terlepas penerbangan tersebut, malah ramai yang mengalami nasib yang sama.
"Ramai orang Sandakan tertinggal flight ke Semenanjung. Baru perasan ada juga Air Asia buat penerbangan 1.15 pagi Sandakan ke Kuala Lumpur.
"Aku ingatkan adik aku saja tertinggal flight rupanya ramai. Dalam boarding pass juga tidak di mention "AM" atau "PM". Hanya dia mention 1.15 tidak semua orang boleh tahu kiraan jam begitu pagi or petang. Auto burn tiket berharga RM 5++. Bila cek harini harga tiket RM 1,200 one way," katanya.

Zarul Umbrella Titip Pesanan

Isu tersebut turut mendapat perhatian oleh penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Umbrella, yang menitipkan pesanan untuk semua pengguna dan syarikat penerbangan menerusi entri Instagramnya.
"Semoga bagi pengajaran kepada semua baik pengguna atau pun syarikat penerbangan. Benda simple selalu kita lalai dan terlepas pandang.
"Kalau ikutkan dia kena keluar rumah pada 14 hari bulan, sekitar jam 2200-2315hrs (sistem 24 jam) dan berada di gate pada 0015 15 hari bulan," kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan pengguna itu yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak penerbangan kerana kesalahan diri sendiri.
"Bukankah biasanya syarikat penerbangan memang guna format 24 jam?"
"Sedihnya dah besar panjang pun tak tahu sistem 24 jam,"
"Kan dari dulu memang sistem 24 jam. Takkan tak biasa booking sebelum ni?"
Setakat artikel ini ditulis, entri yang dibuat oleh Zarul itu meraih lebih 2,000 tanda suka di Instagram.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar