Hiburan
“Ketaq Bila Sergah Ayat Atau Kalimat Cara Rambang” - Gerunnya Bila Johan Ajar Mengaji, Macam Guru Disiplin
Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mengakui bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab.
Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Ozlynn berkongsi mereka sekeluarga sering meluangkan masa dengan mengaji bersama.
Menurut Ozlynn, Johan merupakan seorang bapa yang sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya.
“Bila dia duduk mengaji sorang-sorang perkara normal. Semua akan mengaji sendiri-sendiri dulu. Yang pasti kalau nak selamat mengaji cepat sebelum dia habis dulu.
“Kalau nasib kau baik, dia baca hadith untuk kami semua tapi bila mula position macam tu... Maknanya KAU STANDBY!
“Jangan kata anak-anak je standby aku pun kena get ready mental sebab dia datang secara rambang ye.
“Hari ini kau esok orang lain. Kadang tulat semua kena. Ha ikut nasib la. Bacaan aku tak penah risau adalah kadang kena tegur sekali dua.
“Tapi bila masuk bab harfiah. Haaaa ketaq pala lutut wooooooii!! Paling ketaq bila dia main sergah ayat atau kalimat cara rambang.
“Ada yang lepas ada yang tertelan ayaq liur. Masa tu mata aku pon dok jeling-jeling tengok anak-anak yang sambil ngaji mata dok kerling aku juga.
“Depa pun risau kalau mama dah kena soal turn depa anytime gamaknya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ozlynn juga mendedahkan karakter Johan sangat berlainan apabila berada dirumah.
“Bila time free wajib buat ulangkaji sebab PENGETUA kami mood tak menentu. Yang ampa dok tengok bergelak gurau bagai nama dia MR JOHAN.
“Kat rumah nama dan karakter sebenar sangat la lain tapi suka karakter yang kat rumah sebab korang tak penah nampak kat luar so lebih mahal nilainya,” kongsinya.
Terdahulu, Ozlynn dan Johan berkahwin pada 25 Julai 2009.
Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.