Laman Utama

“Ketiga-Tiga Negara Sedang Counter Protes” - Faizal Azumu Mohon Semua Doakan Nasib Emas Ziyad Zolkefli

Azwa Rahman
31/08/2021
14:30 MYT
Sponsor Banner
“Ketiga-Tiga Negara Sedang Counter Protes” - Faizal Azumu Mohon Semua Doakan Nasib Emas Ziyad Zolkefli
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan perbincangan sedang berjalan antara pegawai Kontinjen Malaysia dengan penganjur Sukan Paralimpik Tokyo, yang membatalkan pingat emas dimenangi jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.
Menerusi laman sosial Twitter, beliau memberi gambaran Malaysia masih mempunyai harapan mendapatkan kembali pingat berkenaan kerana protes yang dilakukan atlet Ukraine amat lemah.
"KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protest. Doakan," tulis Faizal.
Malah, Faizal turut memaklumkan protes dari pihak Malaysia sudah dihantar termasuklah dua bukti CCTV di call room dan luar call room. Turut serta dalam perbincangan itu ialah wakil Australia dan Ecuador, serta negara yang memprotes kemenangan tersebut iaitu Ukraine.
Lima juri bagi menentukan keputusan protes tersebut termasuklah Amerika Syarikat, Great Britain, Colombia.
Memetik laporan Astro Arena, keputusan protes akan diketahui malam ini juga memandangkan upacara kalungan pingat akan berlangsung esok pagi.
Terdahulu, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Keputusan tersebut menyaksikan Ukraine meraih pingat emas dan perak menerusi dua atletnya Maksym Koval dan Oleksandr Yarovyi yang masing-masing mencatat balingan 17.34 meter (m) dan 17.30m, manakala pingat gangsa menjadi milik Greece, Efstratios Nikolaidis (15.93m).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar