Berita

"Ketika Isteri Saya Kecil, Isteri Saya Diriba Dan..." - Ajak Shiro Kongsi Pengalaman Manis Isteri Bertemu Arwah Ismail Kamus

ZULHILMI JALIL
08/05/2020
04:18 MYT
Sponsor Banner
"Ketika Isteri Saya Kecil, Isteri Saya Diriba Dan..." - Ajak Shiro Kongsi Pengalaman Manis Isteri Bertemu Arwah Ismail Kamus
Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus.
Ternyata, pemergian arwah kepada kita semua rakyat Malaysia benar-benar merupakan satu kehilangan seorang lagi ulama tersohor.
Bahkan, bagi pelakon dan pelawak Ajak Shiro, katanya, perkhabaran berita duka itu cukup dirasai buat isterinya, Nur Afifah Amin.
Menurut Ajak, pengalaman isterinya dipangku atas riba dalam sebuah majlis ceramah agama di Johor masih segar dalam ingatannya.
"Isteri saya bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamu. Ketika isteri saya kecil, waktu itu dia berusia tujuh tahun, isteri saya pernah bertemu beliau.
"Uztaz ceramah di daerah Kluang waktu itu. Isteri saya diriba dan bersembang dengan beliau. Pandai ambil hati kanak-kanak. Segar dalam ingatan isteri saya hingga hari ini," katanya menerusi satu posting di Instagram.
Sementara itu, Afifah menerusi posting di Instagram turut memberitahu, arwah merupakan ulama terkenal pertama yang ditemuinya.
"Saya membesar dengan mendengar kaset-kasetnya. Allahu... kehilangan yang dirasai bagi orang bukan sesiapa.
"Pemergiannya di malam Jumaat pada bulan mulia Ramadan...al-Fatihah buat arwah," tulisnya.
Terdahulu, Datuk Ismail Kamus dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 12.30 malam tadi.
BACA: Datuk Ismail Kamus Meninggal Dunia
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar