Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Ketika Isteri Saya Kecil, Isteri Saya Diriba Dan..." - Ajak Shiro Kongsi Pengalaman Manis Isteri Bertemu Arwah Ismail Kamus

ZULHILMI JALIL 08/05/2020 | 04:18 MYT
Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus.
Ternyata, pemergian arwah kepada kita semua rakyat Malaysia benar-benar merupakan satu kehilangan seorang lagi ulama tersohor.
Bahkan, bagi pelakon dan pelawak Ajak Shiro, katanya, perkhabaran berita duka itu cukup dirasai buat isterinya, Nur Afifah Amin.
Menurut Ajak, pengalaman isterinya dipangku atas riba dalam sebuah majlis ceramah agama di Johor masih segar dalam ingatannya.
"Isteri saya bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamu. Ketika isteri saya kecil, waktu itu dia berusia tujuh tahun, isteri saya pernah bertemu beliau.
"Uztaz ceramah di daerah Kluang waktu itu. Isteri saya diriba dan bersembang dengan beliau. Pandai ambil hati kanak-kanak. Segar dalam ingatan isteri saya hingga hari ini," katanya menerusi satu posting di Instagram.

Isteri saya bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus...Ketika isteri saya kecil, waktu itu dia berusia 7 tahun..Isteri saya pernah bertemu Beliau..Ustaz ceramah di daerah Kluang waktu itu..Isteri saya diriba dan bersembang dengan Beiau..Pandai ambil hati kanak2..Segar dalam ingatan Isteri saya hingga hari ini...Semoga rohnya ditempatkan bersama insan yang beriman...Dan ketika kita kehilangan insan seperti ini, sememangnya itu adalah musibah bagi kita..Al-fatihah Ustas Ismail Bin Kamus.. . #ramadhan #jumaat #barokah #alfatihah

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

Sementara itu, Afifah menerusi posting di Instagram turut memberitahu, arwah merupakan ulama terkenal pertama yang ditemuinya.
"Saya membesar dengan mendengar kaset-kasetnya. Allahu... kehilangan yang dirasai bagi orang bukan sesiapa.
"Pemergiannya di malam Jumaat pada bulan mulia Ramadan...al-Fatihah buat arwah," tulisnya.

Setiap yang hidup akan merasai mati?... Ulama terkenal pertama yang pernah saya temui ketika zaman kecil saya. Sewaktu selesai ceramah Maulidurrasul pertama masjid binaan abah saya Masjid Al-Islah, Kluang, Johor. Ditanya beberapa soalan di meja makan.Walaupun tidak ingat soalannya tetapi suasana itu saya ingat. Saya lipatkan tisu makannya berbentuk nenas. Saya membesar dengan mendengar kaset2nya. Allahu... kehilangan yang dirasai bagi orang bukan sesiapa. Pemergiannya di malam Jumaat pada bulan mulia Ramadhan.. Alfatihah buat Arwah.?... . #datoismailkamus

A post shared by Afifah Amin (@afifahamin) on

Terdahulu, Datuk Ismail Kamus dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 12.30 malam tadi.
BACA: Datuk Ismail Kamus Meninggal Dunia
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Ajak Shiro #Afifah Amin #Ismail Kamus
;