Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ketua Kumpulan Mohon Doa, Para Penari Minta Peminat Tak Salahkan Mirror Layar TV Gergasi Jatuh

Maliah Surip 02/08/2022 | 07:32 MYT

Selepas beberapa hari insiden layar televisyen gergasi jatuh sehingga mencederakan tiga penari sewaktu kumpulan Mirror melakukan persembahan, ketua kumpulan popular itu buat pertama kali ‘buka mulut’.

Lok Man Yeung melalui media sosial sekitar empat hari setelah insiden tersebut terjadi menitipkan pesan buat peminat mereka dengan menggunakan latar belakang berwarna hitam.
Dalam pesanan yang sama, Yeung juga meminta agar masyarakat dan netizen terus berdoa serta memberi semangat kepada tiga penarinya yang telah ditimpa kecelakaan tidak diduga tersebut.
“Jangan bimbang kami akan sentiasa menjaga satu sama lain.
“Jadi saya juga berharap semua orang boleh bersatu dan mendoakan rakan rakan kami iaitu Mo, Ah Feng dan Zisac segera pulih,” tulisnya seperti dilaporkan media tempatan.
Sementara itu The Star melaporkan 23 orang penari yang terbabit dalam konsert Mirror mendesak masyarakat agar tidak meletakkan kesalahan di bahu kumpulan kelahiran Hong Kong tersebut.
Menerusi kenyataan yang disiarkan pada 31 Julai lalu, mereka menulis: “Kesemua 12 anggota Mirror telah bekerja keras dan kami sedang melalui saat yang sangat sukar.
“Tolong jangan menyalahkan para pembuat persembahan dalam konsert itu.”
Terdahulu, ada netizen yang menyalahkan salah seorang anggota Mirror iaitu Anson Lo kerana meneruskan nyanyian meski layar tv gergagi sudah jatuh dan menghempap sehingga membuatkan dua daripada tiga penari mereka cedera parah pada 28 Julai lalu.
Namun ada peminat yang mengatakan Lo masih meneruskan persembahan kerana tidak sedar atau mendengar kekecohan yang terjadi kerana memakai ear monitor yang dipakainya.

#Viral #Jatuh #Mirror #Lokman Yeung #TV Gergasi
;