Sukan
Khabib Nurmagomedov Ajak Jojo Ghazali Berguru Di Dagestan
Legenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov tidak meragui kemampuan jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk mengukir nama dalam arena seni bela diri campuran (MMA).
BERITA TRENDING: "Saya Mampu Lakukan Apa Saja Termasuk Berlakon" - Jojo Ghazali
BERITA TRENDING: Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000
Malah Khabib mengalu-alukan kedatangan Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo ke Dagestan, Rusia sekiranya ingin berlatih bersamanya mendalami ilmu MMA.
Khabib pada sidang media selepas acara 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Jojo dalam karier muay thainya.
"Saya baru saja bertemu dengannya di belakang pentas. Saya tahu dia masih muda dan seorang lawan yang baik. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.
"Dia (Jojo) ada memberitahu saya pada masa hadapan ingin terbabit dalam MMA.
"Saya sentiasa mengalu-alukan kehadirannya jika dia ingin belajar bersama saya di Dagestan di pusat latihan kami," katanya yang kini sedang melatih Islam Makhachev, juara baharu lightweight.
BERITA TRENDING: Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz
Dalam masa yang sama, Khabib turut tidak menolak kemungkinan membuka pusat latihan di Malaysia dan pernah memikirkan mengenai rancangan itu dengan membawa jurulatih terbaik dalam membangunkan sukan MMA di sini.
Memegang rekod sebagai juara kelas lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod 29-0, Khabib selepas ini akan berkunjung ke Indonesia untuk rancangan temu bual ''The Path of a Champion'.
BERITA TRENDING: Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!
Sumber: Harian Metro