Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Khairul Aming Dedah Pelbagai Cara Orang Hantar Resume Nak Bekerja - “Letak Bawah Pintu, Dalam Troli...”

Umirah Halim 30/10/2024 | 04:25 MYT

Pempengaruh dan usahawan popular Khairul Aming meluahkan rasa syukur apabila ramai yang tertarik untuk menjadi staf perniagaannya.

Terima resume

Meskipun tidak pernah membuka tawaran kerja secara umum, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32 mendedahkan dia telah menerima pelbagai cara unik daripada orang ramai sewaktu menghantar resume.

“Bukan saya tak buka (tawaran kerja) tetapi resume berbukit, itu pun saya tak pernah umumkan cara nak hantar resume.

“Macam-macam cara sampai, ada yang letak bawah pintu, saya pergi supermarket orang letak resume dalam troli saya.

“Kami terima lebih daripada yang kami boleh tawarkan alhamdulillah,” ujarnya ketika ditemui di majlis Shopee Superstar Awards di The Agam pada Selasa.

Bagaimanapun, Khairul memaklumkan tiada keperluan lagi untuk menambah pekerja baharu kerana difahamkan pekerja yang sedia ada sudah mencukupi.

“Tapi buat masa sekarang, kita memang tiada keperluan lagi untuk ambil staff baharu sebab kilang dah penuh dan tiada staf yang berhenti.

“Ada pun sorang itu pun sebab dia nak sambung belajar,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Bawa Staf Bercuti Hampir RM1 Juta, Netizen: - “Nak Jadi Staff Juga..”

ARTIKEL BERKAITAN: Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Chef Wan Tidak Terkesan - “Semua Orang Tahu Penglibatan Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik…” - Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang, Syukur Tiada Yang Mahu Berhenti

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap

Dalam perkembangan lain, Khairul Aming berkongsi produk terbaharunya masih dalam proses pembikinan dan akan dilancarkan pada tahun hadapan.

“Sekarang saya dah mula R&D tapi semestinya produk itu akan jadi makanan sedia untuk di makan cuma saya dah pernah buat produk sambal, daging so untuk produk kali ini lain daripada yang lain.

“Saya tak boleh dedahkan lagi tapi kita akan keluarkan selepas raya nanti,” tambahnya lagi.

Terdahulu, sejak memiliki perusahaannya sendiri, saban tahun berita Khairul Aming sebagai majikan yang menjaga kebajikan pekerjanya menjadi bualan warga maya.

Malah, baru-baru ini Khairul Aming mula membawa para pekerja bercuti dan berehat di hotel lima bintang.

Susulan itu, ramai yang tertarik untuk menjadi staf dan bekerja di bawah syarikat Khairul Aming.

#Khairul Aming #Kerja #Bukit #Terima #resume
;