Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

Asyraf Roslan
14/09/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang &  Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024
Personaliti media sosial, Khairul Aming membuat kemunculan istimewa di acara Keretapi sarong 2024 dengan mengetuai bacaan ikrar rukun negara.
Khairul Aming mengetuai baca ikrar tersebut bersama ribuan peserta acara berkenaan yang berkumpul di Matic Kuala Lumpur pada Sabtu.
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
“Terima kasih kepada Locco kerana anjurkan satu acara yang sangat bagus untuk negara kita.
“KA sebagai anak Malaysia rasa sangat-sangat terharu karana kita dapat berhimpun beramai-ramai dengan pelbagai agama, pelbagai bangsa dan sejujurnya tiada negara yang unik seperti negara Malaysia.


“Ingat inilah tanah air kita,sama-samalah kita jaga dan berbanggalah menjadi seorang anak Malaysia,” ujar Khairul Aming ketika menyampaikan ucapan semasa acara Keretapi Sarong 2024.
Bacaan ikrar itu juga disertai oleh wakil komuniti daripada Untited Malaysia Hindu Voice, Suren.
Selain Khairul Aming, acara tersebut turut meriah dengan kehadiran pempengaruh, Pinn Yang dan Azfar Heri, penyanyi, Hael Husaini serta Ratu Etnik Malaysia, Noraniza Idris. 

Untuk info, Keretapi Sarong 2024 merupakan program anjuran LOCCO iaitu organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar