Viral
Khairul Aming Speechless! 80,000 Pek Dendeng Sold Out Dalam 3.39 Minit, Kaut Lebih RM1.2 Juta
Pempengaruh dan usahawan tersohor negara, Khairul Aming berjaya menjual habis sebanyak 80,000 bungkus Dendeng Nyet yang dijual menerusi siaran langsung di aplikasi TikToknya dalam tempoh 3 minit 39 saat.
undefined Selepas tiga tahun menjual Sambal Nyet yang juga mendapat sambutan luar biasa, Khairul Aming telah melancarkan Dendeng Nyet berapi sebagai produknya yang kedua.
Berita Trending: R&D Setahun, Khairul Aming Lancar Dendeng Nyet Berapi Jumaat Ini! - "Memang Ngam Sangat Buat Sahur…
Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk terbaharunya itu mengambil masa lebih setahun.
Dalam pada itu, menjengah ke aplikasi X, kecoh apabila ada segelintir netizen ‘bangga’ menayang tangkap layar mereka kerana telah berjaya membeli Daging Dendeng tersebut setelah berperang bersama netizen yang lain.
Sekadar info, siaran langsung jualan Dendeng Berapi Khairup Aming tersebut telah menerima sebanyak kira-kira 100 ribu tontonan dan 5 juta sukaan.