Khairul Aming Tutup Kilang, Siap Belanja Staff Barang Dapur & Bagi Duit Raya! Netizen Kagum - “Patutlah Murah Rezeki”
Personaliti media sosial dan pengusaha Sambal Nyet, Khairul Aming menjadi perhatian netizen selepas berkongsi video meraikan para pekerjanya dengan membeli persiapan menyambut Aidilfitri.
Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya, seramai 100 orang pekerjanya diberi bonus duit raya dan juga berbuka puasa di sebuah hotel.
“Kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan keluarga, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa dekat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pula,” tulisnya.
BERITA TRENDING: Khairul Aming Speechless! 80,000 Pek Dendeng Sold Out Dalam 3.39 Minit, Kaut Lebih RM1.2 Juta
Syukur dapat kongsi rezeki
Dalam pada itu, anak kelahiran Kelantan ini juga mengucapkan rasa syukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan para pekerjanya.
“Tahun ini kita nak mereka beli barang dapur siap-siap untuk keluarga mereka buat persiapan hari raya nanti.
“Ini benda yang paling mereka nantikan sebab kita nak bagi duit raya dekat semua pekerja. Masa ini semua gembira, muka pun dah tersenyum.
“Jadi kita kongsi rezeki dengan harapan duit raya ni boleh bantu mereka untuk buat persiapan raya bersama keluarga juga nanti,” katanya.
undefinedSementara itu, ruangan komen video itu dipenuhi dengan kata-kata positif netizen yang sememangnya menyukai cara Khairul Aming menghargai para pekerjanya.
Antara komen yang diterima adalah:
Untuk info, Khairul Aming juga merupakan antara pempengaruh yang popular kerana banyak memberikan inspirasi kepada golongan muda masa kini.