Viral
Khemah Bazar Ramadhan Desa Pandan Dibadai Ribut, Netizen Buat Spekulasi Sendiri
Hujan lebat beserta ribut kuat pada malam kelmarin hampir memusnahkan keseluruhan khemah di tapak bazar Ramadhan Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Menerusi sepotong rakaman video dan beberapa keping gambar yang dikongsikan di laman sosial Twitter, kejadian yang dipercayai berlaku sekitar lewat malam hari Sabtu lalu telah menumbangkan khemah-khemah yang didirikan di sekitar deretan kedai kawasan terbabit.
Bagaimanapun, netizen yang menyaksikan video tersebut tampil membuat penilaian sendiri.
Kebanyakan netizen bersimpati atas kejadian yang menimpa peniaga bazar Ramadan tersebut dan memberikan kata-kata semangat untuk bangkit semula daripada ujian itu.
"Subhanallah. Kasihan peniaga, tiada rezeki mereka semalam. Harap-harap jualan hari ini dapat menanggung kerugian semalam," tulis Faridnor.
"Tuhan masih sayangkan kita walau kita banyak dosa," tulis Harris.
Namun, ada juga sebahagian netizen yang mengandaikan insiden yang berlaku adalah satu bentuk amaran daripada Allah.
"Kes tak solat, tinggal puasa itu sebab jadi sebegini. Sama seperti tempat tinggal aku dahulu," tulis Naen.
"Ini adalah ujian dari Allah, ada ramai yang tidak berpuasa di kawasan itu," getus Shrewmind.
Video yang dikongsikan @nurulfathymaysmael itu mendapat lebih 1,500 likes dan 4,000 retweet.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Teks oleh: Amri Hassan