Laman Utama
Khloe Kardashian Positif COVID-19 Kali Kedua, Kali Ini Anaknya Turut Terjangkit
Setahun sudah berlalu, nampaknya pengalaman masa silam datang seperti deja vu. Artis realiti popular, Khloe Kardashian mengesahkan yang dia kini positif COVID-19 kali kedua.
Selain dirinya, adik kepada Kim Kardashian itu turut memberitahu bahawa anak perempuanya, True Thompson, 3, turut dijangkiti virus berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Hai semua, saya nak beritahu yang saya dan anak saya, True disahkan positif COVID-19. Saya terpaksa batalkan beberapa komitmen dan saya ingin minta maaf kerana tidak dapat meneruskan komitmen tersebut.
“Nasib baik saya sudah menerima vaksin dan semuanya akan baik-baik. Kami akan berada di sini untuk kuarantin dan ikuti segala peraturan,” tulisnya di akaun Twitter.
Dalam pada itu, Khloe juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri.
Pada Mac tahun lalu, Khloe yang dijangkiti COVID-19 buat pertama kali berkongsi pengalamannya bertarung dengan virus berkenaan menerusi rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians.
Menerusi episod berkenaan, Khloe berkata yang dia mengalami simptom seperti muntah-muntah, badan menggigil dan sakit kepala.
Bagaimanapun, selepas pulih daripada jangkitan COVID-19, Khloe menghadiri majlis hari jadi tertutup Kim yang diadakan di sebuah pulau. Hal tersebut menimbulkan respons negatif dalam kalangan peminat.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!