Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Khusyuk Kemas Rumah, Puasa Julia Farhana Hampir Terbatal - “Haus… automatik cari jus oreng”

Asyikin Mayudin 14/03/2024 | 04:55 MYT
Gara-gara terlalu khusyuk mengemas rumah sehingga berasa dahaga, pelakon Julia Farhana mendedahkan dia puasanya hampir terbatal disebabkan terminum just oren pada Ramadan pertama. .

BERITA TRENDING: Julia Farhana Nafi Bela Anjing - "Saya Hanya Jaga Sementara ..."

Menurut Julia, dia bersyukur kerana otaknya menolak nafsu dahaga itu kerana menyedari dirinya sedang berpuasa.

"Saya hampir minum jus oren. Hari pertama berpuasa, nasib baik tak batal puasa.

"Khusyuk kemas rumah, haus, automatik cari jus oren.

"Otak saya tiba-tiba kata ‘sekejap’. Hari ini lain daripada hari-hari biasa, terus hantar isyarat dekat badan untuk rejecting. Puasa,” kongsinya menerusi Instastory.

Sekadar info, Julia mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Che Muhammad Hafiz pada Disember 2022 dan tahun ini merupakan tahun kedua dia berpuasa sebagai seorang isteri.

#Ramadan #Puasa #Julia Farhana #Julia puasa
;