Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kieda Crepe Nafi Ceroboh Privasi Staff - “Jangan Aniaya Manusia Yang Pernah Ada Kebaikan Untuk Ampa”

Izwan Isa 25/11/2023 | 04:55 MYT
Pengusaha manisan Kieda Crepe memperjelaskan lebih lanjut isu hasutan yang dilakukan oleh kakitangan menerusi group Whatsapp yang dicipta khas tanpa dirinya.
Menurut Kieda, dia tidak pernah menceroboh privasi milik pekerja dan perbualan dalam group berkenaan dibaca atas kerelaan salah seorang kakitangannya.
“Saya tak ceroboh privasi staff, saya tak tahu password telefon bimbit mereka. Saya pegang telefon bimbit sebab saya nak pakai tudung. Naik notification di bahagian atas telefon, dan saya tanya, boleh tak buka group ni sebab saya nak baca dari atas.
undefined
“Dia yang buka dan saya baca dari atas dan barulah dia cerita perkara yang betul. Waktu itu Allah nak tunjuk, siapa admin dan bermula dari mana. Jadi yang ni atas rela staff, yang mana stay dengan saya sebab kerjasama dengan saya.
“Kedua, staff boleh buat group asing, saya tak nafikan yang awak tak boleh buat, buatlah itu hak kamu. Apa yang salah, sebab kamu buat group tu untuk hasut jatuhkan company sendiri yang kamu sudah kerja berbulan-berbulan dan setahun lebih… sebab kan dendam, sebab saya tegur yang itu saya rombak yang ini,” jelasnya di TikTok.
Kieda berkata, menjadi satu kesalahan jika menghasut rakan-rakan lain memandangkan dia tidak pernah memburukkan kakitangan sendiri.
“Cuma jangan burukkan saya… saya tak pernah burukkan kamu. Saya akan cerita dengan team leader dan berbincang macam mana nak buat seseorang itu untuk jadi positif.
“Hidup kamu ada pilihan, cuma masuk cara elok, keluar cara elok. Jangan aniaya manusia yang pernah ada kebaikan pada kamu. Andai kata tak boleh balas dengann kebaikan jangan balas dengan taik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Keida memaklumkan yang segala perkongsiannya ini tidak ada kena mengena dengan kisah dongeng mahupun marketing.
Terdahulu, tular di media sosial apabila peniaga makanan popular, Kieda Crepe mengarahkan seramai 12 orang pekerjanya meletakkan jawatan kerana didakwa mencetuskan aura negatif di tempat kerja.

BERITA TRENDING: Meninggal Dunia Kejar KPI, Ini Solusi Atasi Masalah Burnout Di Tempat Kerja!

Perkara itu dilakukan kerana pekerjanya dikatakan membuat group chat dan mengutuk Kieda secara bertubi-tubi.
Bagaimanapun Kieda tidak mendedahkan secara terperinci tentang kandungan perbualan di dalam kumpulan WhatsApp yang didakwanya itu.
#whatsapp #Kieda Crepe
;