Berita

Kim Kardashian 'Dibelasah' Selepas Dedah Bawa Rombongan Raikan Ulang Tahun ke 40nya Bernilai RM4 Juta

Maliah Surip
29/10/2020
13:45 MYT
Sponsor Banner
Kim Kardashian 'Dibelasah' Selepas Dedah Bawa Rombongan Raikan Ulang Tahun ke 40nya Bernilai RM4 Juta
Kim Kardashian sedang berhadapan dengan kecaman selepas dirinya memuat naik foto daripada parti ulang tahun ke 40nya yang diadakan minggu lalu di akaun Instagram dan Twitternya, semalam.
Menurut laporan media antarabangsa, parti ulang tahun itu berjalan dengan serba mewah.
Ia bermula daripada mogul itu menyewa sebuah jet peribadi jenis Boeing 777 yang berkapasiti 88 penumpang untuk menerbangkan sekitar 30 orang tetamu ke sebuah pulau persendirian di Tahiti.
Di pulau persendirian yang dimiliki artis legenda Marlon Brando itu, mereka dilaporkan menginap di The Brando Resort yang dikenali sangat mewah dan serba lengkap.
Dalam penginapan selama lima hari termasuk meraikan pesta ulang tahun ke 40nya itu, Kim dipercayai telah menghabiskan sekitar RM4 juta!
Laporan itu membuat banyak pihak yang berasa selebriti itu keterlaluan.
Mereka beranggapan tindakan Kim merayakan ulang tahun secara mewah sebagai tidak sensitif dan peka dengan situasi ekonomi yang parah melanda dunia.
"Teruslah raikan kehidupan mu dengan kemewahan sementara banyak rakyat di negara kamu sedang kesusahan. Nikmatilah kek kamu," tulis seorang pengguna Twitter menyindir Kim seperti dilaporkan CNN.
Selain itu, Kim dikritik kerana masih mahu bersuka ria di saat pandemik Covid 19 telah mengorbankan jutaan nyawa di seluruh dunia.
Kim bagaimanapun berkata dia telah mengamalkan semua langkah dan protokol kesihatan yang digariskan termasuk meminta semua bakal tetamunya melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari sebelum berangkat ke pulau dan sekali lagi perlu kuarantin dua minggu selepas pulang.
Malah laporan PageSix mengatakan: "Grup mereka ada dalam sekitar 30 orang dan kesemuanya sudah beberapa kali menjalani ujian Covid 19."
Ironi, semua tetamu yang dijemput mematuhi permintaannya untuk tidak memuat naik apapun di media sosial masing masing sepanjang berada di pulau tersebut.
Namun akhirnya, ibu empat anak itu sendiri yang memberitahu seluruh dunia tentang majlis 'rahsia' serba mewah tersebut melalui kemas kini di Twitter dan Instagramnya.
Dalam beberapa siri foto yang dimuat naik, Kim memberitahu dia telah berjaya membawa keluarga dan teman terdekatnya melupakan krisis global Covid 19 yang sedang melanda dunia dengan membuat kejutan membawa mereka ke sebuah pulau persendirian untuk meraikan ulang tahun ke 40nya.
"40 tahun dan bersyukur. Tak pernah dalam sehari pun saya tak bersyukur. Dan untuk ulang tahun saya tahun ini, saya hanya mahu meraikannya dengan semua yang telah membentuk saya sehingga menjadi seperti hari ini.
"Sebelum Covid melanda saya fikir tak semua orang menghargai betapa indah kehidupan termasuk mengembara bersama keluarga.
"Jadi saya memberi kejutan buat mereka. Membawa mereka ke sebuah pulau persendirian dan kami berpura pura Covid 19 tidak pernah wujud," tulisnya.
Instagram: @kimkardashian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar