Hiburan

Kim Sae Rom Belasah Suami Kerana Curang

Rozaimi Zubaidi
30/12/2016
07:05 MYT
Sponsor Banner
Kim Sae Rom Belasah Suami Kerana Curang
Pelakon Kim Sae Rom kini menjadi perbualan hangat di media sosial apabila dia dikatakan telah membelasah suaminya, Lee Chan Oh baru-baru ini.
Menurut laporan daripada Koreaboo, Sae Rom dilaporkan telah memukul suaminya akibat berlaku curang dengan dirinya.
Video berkenaan menunjukkan Sae Rom dalam keadaan mabuk dan bertindak memukul suaminya walaupun lelaki berkenaan merayu agar tidak diperlakukan seperti itu.
"Ini bukan merupakan kali pertama Sae Rom membelasah suaminya dan ia kerap kali melakukan perbuatan seperti itu.
"Chan Oh yang juga seorang chef selebriti didakwa bersikap curang selepas foto memperlihatkan seorang wanita duduk di atas ribanya tersebar.
"Akibat daripada perbuatannya itu, Sae Rom bertindak memfailkan cerai terhadap suaminya itu kerana tidak dapat menerima sikap curang lelaki tersebut," kata sumber.
Namun, agen pengurusan Sae Rom dalam satu kenyataan menjelaskan akan menyiasat mengenai perkara itu dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin menganai video tersebut.
Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi Sumber: Koreaboo
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar