Laman Utama

Kisah Keluarga & Cinta Dalam Love In Lockdown, 3 Kisah Ini Adalah Realiti Yang Sering Dihadapi Semasa PKP

Azwa Rahman
11/03/2022
10:04 MYT
Sponsor Banner
Kisah Keluarga & Cinta Dalam Love In Lockdown, 3 Kisah Ini Adalah Realiti Yang Sering Dihadapi Semasa PKP
Drama terbaru dari aplikasi sooka bertajuk ‘Love in Lockdown’ kini di episod 4. Mengisahkan dugaan sebuah keluarga yang terperangkap semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal dahulu ini, drama bersiri ini dibintang Siti Saleha, Shah Iskandar, Julia Farhana Marin dan ramai lagi.
Mengupas realiti yang dihadapi masyarakat sewaktu berada di dalam tempoh PKP, kali ini kita akan bincangkan kisah-kisah dalam ‘Love in Lockdown’ yang kita semua pernah dengar atau alaminya sendiri.
1. Dugaan suami dan isteri yang tidak serasi.
  • Suzanna (Siti Saleha) dan Nizam (Shah Iskandar) merupakan pasangan yang pada zahirnya seperti tidak ada masalah. Nizam seorang bapa yang baik, suami yang penyayang dan menyokong, sementara Suzanna ialah isteri yang lemah lembut dan saling menghormati semua orang. Walaupun kedua-duanya mempunyai sifat zahir yang positif, tetapi di sebalik pintu, mereka berdua bagai sudah tidak serasi. Kemelut ini pula kompleks dengan kehadiran anak mereka Bernama Joe.
2. Dugaaan Anak Muda dan kerja generasi baru.
  • Hani (Sara Mack Lubis) merupakan Gen Z yang muda, berani, dan jauh dari konsep konvensional. Dia yang bekerja sebagai seorang ‘travel vlogger’ mula di duga apabila sempadan dunia ditutup dek pandemik. Walaubagaimanapun, apa yang paling menyakitkan hati Hani ialah apabila keluarganya sendiri tidak memahami ‘kerjayanya’ dan sering memandang enteng hanya kerana ia bukan kerja 9-5 seperti ahli keluarga yang lain.
3. Dugaan Suami yang ada rahsia.
  • Rahman dan Bella sudah berkahwin selama 35 tahun, dan ada 3 orang anak yang semuanya berjaya. Mereka berdua dipandang tinggi oleh anak-anak mereka sebagai pasangan yang ideal di mata masyarakat: Bahagia, berjaya, anak pun menjadi. Siapa sangka yang Rahman ni ada ‘dapur’ kedua? Persoalannya, adakah Rahman suami yang tak baik hanya kerana dia ada dapur kedua walaupun dia dah menyediakan segala yang cukup untuk keluarga?
Apa-apa realiti yang anda hadapi, jangan lupa tonton drama ‘Love in Lockdown’ di aplikasi sooka untuk pengakhiran kisah ini dengan lebih lanjut.
Muat turun aplikasi sooka sekarang dan langgan VIP Entertainment dengan RM15.90 je! Jangan terlepas episod-episod ‘Love in Lockdown’ akan datang serta pelbagai lagi kandungan menarik.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar