Laman Utama

Kisah Perubahan Hidup Nabil & Ustaz Don Daniyal Dalam Podcast The Deen Hustlers Show

Amri Hassan
01/05/2021
04:29 MYT
Sponsor Banner
Kisah Perubahan Hidup Nabil & Ustaz Don Daniyal Dalam Podcast The Deen Hustlers Show
Sepanjang bulan Ramadan ini, muslimin dan muslimah boleh menikmati ‘The Deen Hustlers Show’, sebuah SYOKcast (podcast) baharu yang menceritakan tentang perubahan hidup Nabil Ahmad, personaliti versatil tempatan, bersama Ustaz Don Daniyal, penceramah bebas dan personaliti TV, eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK.
Siri SYOKcast ini bakal menjadi ‘teman Ramadan’ kepada masyarakat Muslim dengan pelbagai kisah menarik yang bakal dikongsikan oleh Ustaz Don Daniyal dan pengajaran yang boleh dimanfaatkan oleh semua.
Episod satu hingga empat siri SYOKcast ‘The Deen Hustlers Show’ sudah disediakan. Para peminat boleh menikmati episod seterusnya setiap Sabtu dan Ahad menerusi aplikasi dan laman web SYOK. Strim SYOKcast terbaharu dan nikmati ‘The Deen Hustlers Show’, pada bila-bila masa sepanjang bulan Ramadan ini menerusi SYOK.
SYOKcast Hikmah
Siri SYOKcast (podcast) ‘Hikmah’ Musim ke-2 kembali di bulan Ramadan ini dengan menampilkan lebih banyak pengisian dan kisah-kisah teladan menarik untuk dikongsikan bersama peminat-peminat SYOK.
Hikmah Musim ke-2 menzahirkan pendekatan baharu dengan menyelami kisah pengorbanan, perjuangan dan pengabdian kembara dari lapan wanita yang mempunyai latar belakang sebagai seorang anak, ibu dan isteri di dalam institusi rumahtangga.
Disuara dan disampaikan oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku, para peminat Hikmah akan dapat menyusuri penceritaan berunsur keagamaan dan kerohanian yang lebih santai dan bersesuaian untuk semua lapisan umur.
Peminat Hikmah boleh menikmati episod-episod dari siri ini pada setiap Isnin dan Khamis, menerusi aplikasi dan laman web SYOK. Berikut adalah episod-episod yang sudah disediakan:
Strim Hikmah Musim ke-2 pada bila-bila masa sepanjang bulan Ramadan ini menerusi SYOK.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar