Hiburan

Kisah Sebak Pelajar Cemerlang 6A SPM Tinggal Di Pusat Snuker

Syafiqah Jalal
20/03/2017
03:30 MYT
Sponsor Banner
Kisah Sebak Pelajar Cemerlang 6A SPM Tinggal Di Pusat Snuker
Di sebalik kekurangan dan dugaan seorang pelajar SMK Seri Kota Puteri Pasir Gudang, Johor, Farah Marcella Bandie cemerlang dengan keputusan 6A dalam peperiksaan SPM yang diumumkan minggu lalu.
Melalui satu perkongsian di akaun Facebook, guru Farah, Puan Suraya Abdul Rahim menceritakan, Farah bersama adik beradiknya ditinggalkan bapa tanpa tempat untuk berteduh.
Lebih malang, ibunya menghadapi masalah kemurungan dan mereka hanya bergantung kepada pendapatan abang sulungnya, Hans Hemsus Bandie, 20, yang bekerja di pusat snuker.
Farah turut bekerja kilang bagi menampung kehidupan keluarga.
Selain Farah, tiga adiknya Puteri Emily Nastasia, 10, Aduka Aliff Putra, 12 dan Sephian Najmie, 16 tahun tidak bersekolah.
Kerap kali hilang dari sekolah, Farah pernah dibuang sekolah ketika di tingkatan empat, sebelum kembali mendaftar diri untuk tingkatan lima.
Namun mungkin kerana masalah peribadinya, Farah tidak dapat hadir ke sekolah seperti pelajar lain.
Sedar potensi yang ada pada pelajar itu, Farah kemudiannya diambil tinggal bersamanya kerana bimbang pelajar itu akan hanyut tanpa bimbingan.
Hanya dua bulan dipersiapkan untuk SPM, kerja keras Farah, dibantu dengan komitmen daripada para guru, dia berjaya mendapat keputusan yang baik.
Menurut maklumat dari laman sosial, Farah dan enam adik beradiknya kini dibawah jagaan ibunya yang tinggal menumpang di sebuah pusat snuker.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Astro Awani, Berita Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar