Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Kita Bagi Bukan Sebab Berada, Tapi Sebab Pernah Rasa Peritnya Tiada” – Shahrol Shiro Agih Sumbangan Di Kluang Dengan Rider Foodpanda

Fiza Kamarudin 06/04/2020 | 00:32 MYT
Pengacara dan pelawak Shahrol Shiro mengucapkan terima kasih kepada rider penghantar makanan dalam talian Foodpanda, Kluang kerana sudi bekerjasama dalam ‘Projex Hantor Sumbangan Kluang’ bersama syarikat produksinya Bushido Production.
Selain anak-anak muda Foodpanda, turut bekerjasama dalam menjayakan projek amal membantu golongan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Covid-19 ialah Pemuda UMNO, Kluang.
Program yang diadakan pada hujung minggu lalu itu turut dihadiri Ketua Polis Kluang dan exco Pelancongan Belia dan Sukan Johor.
“Maka bohonglah diri saya jika saya bergerak sendirian di Kluang tanpa bantuan sesiapa. Saya rakamkan Jutaan terima kasih anak-anak muda Kluang, sahabat-sahabat dari Food Panda di bawah kelolaan saudara Daiyan, saudara Khairul Ketua Pemuda Kluang dan sahabat-sahabat Pemuda UMNO Kluang serta saudara Halim Amin dari UMNO bahagian Kluang.
“Juga kepada insan yang sentiasa mengambil peduli tentang anak muda di Johor Dato Onn Hafiz Exco Pelancongan Belia dan Sukan Johor serta Ketua Polis Kluang Tuan Mohammad Abduh bersama pegawai dan anggotanya.
“Semoga sumbangan ini dimanfaatkan dan sampai ke tangan yang berhak. Doa saya yang baik-baik mengiringi kalian semua.
“Kepada Allah kita berserah semoga keadaan kembali pulih. Dalam hidup ini, jika kamu tak mau membantu sesama kamu, maka kamu bukan benar benar hidup, kamu hanya bernafas,” katanya.

-PROJEX HANTOR SUMBANGAN KLUANG- Maka bohonglah diri saya jika saya bergerak sendirian di Kluang tanpa bantuan sesiapa..Saya rakamkan Jutaan terima kasih anak2 muda Kluang, sahabat2 dari Food Panda dibawah saudara Daiyan, Saudara Khairul Ketua Pemuda Kluang dan sahabat2 Pemuda UMNO kluang dan saudara Halim Amin dari UMNO bhg Kluang.. Juga kpd insan yg sentiasa mengambil peduli tentang anak muda di Johor Dato @onnhafiz exco pelancongan belia dan sukan Johor dan Ketua Polis Kluang Tuan Mohammad Abduh serta pegawai dan anggotanya.. Semoga sumbangan ini dimanfaatkan dan sampai ke tangan yang berhak..Doa sy yg baik2 mengiringi kalian semua..Kepada Allah kita berserah semoga keadaan kembali pulih..?? "Dalam hidup ini, jika kamu tak mau membantu sesama kamu, maka kamu bukan benar benar hidup, kamu hanya bernafas" #AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender #PemudaKluang #GROMJ

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on

Shahrol berkata tujuan sumbangan diberikan kepada golongan yang memerlukan bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk siapa baik atau kaya, sebaliknya dia sendiri pernah melalui kesukaran dan memahami keadaan berada dalam kesempitan hidup.
Tambahnya lagi, ini bukan masa untuk bergaduh dan bertelagah tentang siapa layak dapat bantuan tetapi bukalah melihat masyarakat sekeliling.
Shahrol juga sempat menasihiti individua tau kumpulan yang ingin menghulurkan bantuan supaya mematuhi langkah-langkah pencegahan.
“Kita bagi bukan sebab kita kaya tapi kita tau peritnya bila tiada. Rasa perit bila dalam kesusahan, saya pernah rasa.
“Ini bukan masa bergaduh dan bertelagah tentang siapa yang patut dapat bantuan. Ini masa kita buka mata tengok masyarakat sekeliling kita. Jangan bagi sesiapa susah sampai terputus bantuan makanan.
“Tak dapat bangi banyak, sikit pun tak apa. Pihak yang bagi bantuan pun harap jaga diri, pakai mask, guna sanitizer dan jarakkandiri. Tahniah semua!,” katanya.
#Shahrol Shiro #FoodPanda #COVID-19
;