Laman Utama
"Kita Kasi Meriah!"- Ajak Ramai Ramai Mengundi, Sharifah Amani Akan Repost IG Story #TeamBajuKurungCotton
Bagi menaikkan lagi semangat Pilihan Raya Umum yang ke 15 (PRU-15) esok, pelakon Sharifah Amani mengajak kaum wanita mengenakan baju kurung kain kapas pada hari pengundian.
Sharifah Amani memberitahu sesiapa yang hadir berbaju kurung serta mengambil gambar bersama jari dicelup ink bukti selesai mengundi diminta untuk menggunakan hashtag #TeamBajuKurungCotton untuk dia muat naik semula atau repost di Instagram(IG) Stories miliknya.
"Hari mengundi nanti saya nak repost story geng #TeamBajuKurungCotton yan g mengundi. Snap a picture of you in your baju kurung atau apa apa baju kebangsaan with your inked finger dan tag kita.
"Nanti saya repost kat IG stories saya! Kita kasi meriah sikit nanti geng!," katanya.
Pelakon filem popular Mukhsin itu berkongsi perkara berkenaan di dalam satu hantaran di Instagram miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan dia memuat naik satu video suntingan ketika melaksanakan tanggungjawab mengundi yang lalu.
Dalam video berkenaan dia telah mengenakan baju kurung cotton yang berwarna pink pudar serta menunjukkan bukti ink dijari.
"Ini time PRU yang lepas. Semangat rakyat time tu benar benar buat saya sebak. Rata rata berbilang kaum, agama dan usia semua turun dengan bangga melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai Anak Malaysia.
"Berjam jam beratur, panas, hujan semua kita hadap bersama pasal kami semua nak selamatkan masa depan tanah air tercinta. Buat yang tersayang, buat mereka yang tidak boleh bersuara, kami keluar untuk memperkukuhkan hak kita. We did it once and we can do it again Malaysians!
"Demi Malaysia yang lebih adil, beramanah, progressive dan democratic. Mudah mudahan," harapnya.
Dalam masa yang sama Amani sempat menyeru agar semua terutama anak muda untul sama-sama menjalankan tangggungjawab untuk PRU-15 kali ini.
"Buat anak muda yang akan undi buat pertama kalinya saya ucapkan terima kasih kerana prihatin, terima kasih atas usaha dan rasa cinta pada negara.
"I can’t tell you how great it felt to see the results at the end of the day and know that your one vote made all the difference. It was the young generation that tipped it the last time and this time it is YOUR turn.
"Show them who is boss. This is your future, this is your choice. Feel that Merdeka feeling like we did, trust me satisfaction and pride is an understatement," tulisnya lagi.