Hiburan

“Kita Ketawa, Menangis & Kadang-Kadang Bertengkar”- Isteri Haqiem Rusli

Asyikin Mayudin
18/06/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Kita Ketawa, Menangis & Kadang-Kadang Bertengkar”- Isteri Haqiem Rusli
Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea memberi ucapan istimewa buat suaminya sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke 26 tahun baru-baru ini.

Ucapan Romantis

Menerusi perkongsian di TikTok, Anis menjadikan gelak tawa, tangisan dan pergaduhan mereka sepanjang perkahwinan merupakan satu momen yang dia sangat hargai.

“Selamat hari lahir kepada kawan baik, suami, dan paling penting sebahagian daripada diri saya. Video ini menunjukkan macam mana hubungan kita.

“Ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita ketawa, menangis, bertengkar (kadang-kadang) tapi semuanya menjadi saat yang saya hargai kerana awak ada di dalamnya,” kongsinya.

Terima Kasih Jadi Suami Terbaik

Pada perkongsian yang sama, Anis turut mengucapkan terima kasih kepada Haqiem kerana menjadi seorang suami terbaik selain menjadikan mimpinya untuk memiliki rumah tangga yang bahagia satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson Selamat Bersalin, Syukur Dikurniakan Seorang Lagi Cahaya Mata - “Saya Melihat Ke Hadapan Untuk Lebih Menikmati…

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi Kongsi Momen Ketika Menjadi Fenomena Satu Malaysia - “Ada 40 Orang Bodyguard..”

“Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang saya selalu kagumi. Kita sesuatu yang saya impikan dan Alhamdulillah awak buktikan kepada saya yang mimpi itu sememangnya jadi kenyataan.
“Saya sayang awak sangat. Untuk beberapa tahun lagi bersama awak,” katanya.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja melihat kemesraan Anis dan Haqiem selain turut mendoakan rumah tangga mereka kekal hingga ke jannah.
@anissofeaz happy birthday to my bestie, husband, baby & most importantly, my better other half ? this video describes our relationship. sometimes there are ups, sometimes there are downs. we laugh, we cry, we argue (sometimes) ?‍↕️ but everything becomes a moment i cherish because you are in it. thank you for being a good husband that i always adore. We are something that i dreamt and alhamdulillah you proved to me that dreams do come true. i love you sooo much.here’s to many more years with you. here’s to you. ?? @Haqiem Rusli ♬ original sound - nisfea
Untuk rekod, Haqiem sah bergelar suami kepada Anis atau Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dengan dua kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pada 19 November 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Pemain Wanita Amerika Syarikat Terkesima Lihat Lee Zii Jia Jadi Tumpuan Netizen!

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai…

ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar