Laman Utama

"Kita Minta Dua Atau Tiga Minggu Ja ..." - Azza Elite Teresak-Esak Menangis, Gesa Kerajaan Laksanakan Lockdown

Zulaikha Yusof
26/05/2021
05:45 MYT
Sponsor Banner
"Kita Minta Dua Atau Tiga Minggu Ja ..." - Azza Elite Teresak-Esak Menangis, Gesa Kerajaan Laksanakan Lockdown
Penyanyi dan pelakon Azza Elite, 43, meluahkan kebimbangan sehinggakan menitis air mata disebabkan peningkatan jumlah kes harian Covid-19.
Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari memohon kepada kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekurang-kurangnya selama dua minggu bagi mengekang penularan Covid-19.
"Hari ini adalah hari yang menakutkan. Dada berdebar bila baca kt sosial media. Saya minta maaf dekat semua sebab saya ada anxiety sangat teruk. Macam-macam berlaku kat sekeliling.
"Ya Allah saya sangat takut. Risau mak dengan anak kat kampung. Kami terpisah.
"Selagi kerajaan tak lockdown kami ada yang kena pergi kerja. Tolong la.. Kalau kerajaan lockdown sekurang-kurangnya kami duduk rumah tak jumpa orang.
"Tak jumpa sapa-sapa dalam dua atau tiga minggu. Kita minta dua atau tiga minggu ja tak lama pun," tulisnya beserta rakaman video di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa menyatakan masih ada segelintir rakyat Malaysia yang perlu keluar bekerja sekiranya lockdown tidak dilaksanakan.
"Dulu kan kita pernah buat. 0 kes terus. Alhamdulillah! Tolong kerajaan mari lah cuba cara PKP 1 tu. Tolong. Kita berjaya masa itu.
"Saya bercakap untuk semua yang mohon untuk lockdown! Kami ada yang terpaksa pergi kerja kalau kerajaan tak buat lockdown!
"Kami orang bawahan ini jaga semua dah SOP. Kami sanggup ikat perut untuk kurangkan kes. Tolong la kesian kat frontliners! Dia orang pun ada keluarga!
"Saya bersama jutaan rakyat Malaysia bersama frontliners. Sahabat marilah kita banyakkan berdoa agar Allah hapuskan Covid ini. Mohon agar Allah permudahkan. Jaga diri sesama kita," tulisnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar