Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Kita Perlu Tempat Untuk Bercerita, Kaunseling Untuk Kurangkan Stress & Depresi" - Rita Sosilawati Lancar Pusat 'Are You Okey' Di UiTM

Azwa Rahman 15/10/2022 | 09:07 MYT

Usahawan jelita Datin Rita Sosilawati meluahkan rasa bersyukur apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang anugerah Wanita Ikon mewakili negeri Selangor bagi tahun 2022.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari, dia bakal bersaing dengan 13 wanita hebat lain untuk dinobatkan gelaran Wanita Ikon Malaysia yang akan berlangsung pada 20 Oktober nanti.
“Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk menjadi Wanita Ikon, bila saya dicalonkan oleh pihak kerajaan negeri rasa terkejut juga sebab anugerah Wanita Ikon Selangor ni dah 10 tahun tak buat, tiba-tiba tahun ni dia buat.
“Selangor merupakan antara pencalonan teramai iaitu 242 orang dan saya menang untuk mewakili Selangor. Cuma bila kita dah menang bahagian negeri Selangor, sekarang kita tertumpu ke arah kebangsaan dan akan bertanding untuk Wanita Ikon Malaysia, mewakili negeri Selangor.
“Pemenang negeri lain semua hebat-hebat juga. Yang bertanding bukan sekadar bidang kosmetik ada juga doktor, kontraktor. Peluang nak jadi Wanita Ikon Malaysia tu saya tak boleh nak cakap sebab semua hebat. Cuma doakan kejayaan saya Insyallah.
“Kriteria pemilihan juara Wanita Ikon Kebangsaan adalah 50 peratus secara online, 10 peratus daripada CSR, 10 peratus daripada latar belakang, 20 peratus daripada sesi soal jawab malam gala nanti dan 10 peratus lagi dari penampilan diri kita.
“Dengar pun susah, bukannya diumumkan menang terus dapat hadiah tidak. Ada banyak benda kena buat,” ujarnya kepada Gempak.
Malah jelas Rita lagi, dengan anugerah yang dimenangi membuatkan dia tampil dengan sebuah kempen bagi membantu para pelajar yang berdepan masalah kesihatan mental.
“Bila dah dinobatkan menjadi Wanita Ikon Selangor 2022, memang mereka dah beritahu kita kena buat kempen Are You Okay jadi di antara 10 ikon yang terlibat ini, semua kena keluar dengan idea kempen masing-masing.
“Itulah tercetusnya idea saya untuk menyediakan platform bagi orang yang perlukan pertolongan datang, kita akan bantu orang ini sehingga dia selesaikan masalah dia,” jelasnya lagi.
Rita ditemui pada majlis Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) di antara Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor 2022 telah berlangsung di Ruang Legar, Aras 7, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam pada Khamis.
Tambahnya lagi, ramai masyarakat terutamanya golongan pelajar memerlukan bantuan kaunseling bagi mengurangkan beban stress dan deprasi yang dialami.
“Seperti yang kita tahu, selepas pandemik ni banyak sangat orang berdepan masalah mental, psiko-sosial dan ia bukan isu yang boleh dianggap ringan. Lagi-lagi yang melibatkan pelajar.
“Kita memerlukan tempat untuk bercerita, jadi perlu ada kaunseling yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Kempen Are You Okay ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan menyelesaikan masalah mereka,” ulasnya.
Sebuah pusat yang diberi nama ‘Are You Okay Centre’ yang akan berfungsi sebagai ‘initial step’ dalam menangani isu-isu berkaitan psiko-sosial dan kesihatan mental.
Pusat ini akan dikendalikan oleh sukarelawan dalam kalangan pelajar yang terpilih dan terlatih, dengan dikawal selia oleh Pegawai Psikologi berpengalaman dari UiTM sendiri.

#UiTM #Rita Sosilawati #Are You Okay Centre #Wanita Ikon Selangor 2022
;