Berita
KJ Letak Jawatan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah.
Surat permohonan peletakan jawatan dan pembatalan tauliah Khairy telah dihantar kepada Mej Jen Datuk Zainal, Asisten Panglima bahagian Pasukan Simpanan (AP BPS).
"Terima kasih kepada warga 508AW atas kerjasama selama hampir lima tahun saya menjadi Komander," katanya Khairy menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khairy sebelum ini dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke Brigadier Jeneral yang mula berkuat kuasa pada 14 Januari 2015 lalu.
Ketika itu beliau menjadi menteri kabinet pertama Brigadier Jeneral sebenar dalam Rejimen Askar Wataniah dan kekal menjadi Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan.
Beliau menyertai Askar Wataniah pada 20 Januari 2010 sebelum ditauliah sebagai Kolonel pada 28 Oktober 2013.
Pernah mengikuti kursus asas perajurit muda selama sebulan pada 26 April 2010 di Rejimen 508 dan kursus asas payung terjun pada 13 Januari 2011 di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang di Melaka.
Sumber: Astro Awani