Laman Utama

KJ Undi Tok Mat Di Rembau, Harap Kembara Baharu Di Sungai Buloh Lancar: “Biiznillah”

Maliah Surip
19/11/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
KJ Undi Tok Mat Di Rembau, Harap Kembara Baharu Di Sungai Buloh Lancar: “Biiznillah”
Calon Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil KJ berkongsi perkembangan dirinya selesai menunaikan tanggungjawab bersama rakyat Malaysia yang lain apabila keluar mengundi pada PRU 15, pagi tadi.
KJ yang kelihatan tersenyum dan segak memakai kemeja biru putih dilihat hadir ke Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, di Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.
Tanpa berselindung, menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya, KJ mengatakan beliau mengundi calon Barisan Nasional di Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat.
“Selesai menunaikan tanggungjawab mengundi Tok Mat di SMA Hj Mohd Yatim, Kota, Rembau,” tulisnya pada kapsyen bersama beberapa keping gambar dirinya sedang membuang undi.
Beliau juga mengatakan berasa suasana nostalgia kerana dapat mengundi di Rembau dan dalam masa yang sama berdoa agar ‘perjuangan’ di Sungai Buloh berjalan lancar,
“Felt nostalgic going back but hopefully a new beginning today in Sungai Buloh. Biiznillah,” sambung KJ.
Terdahulu, dengan jelas KJ memberitahu beliau akan memberikan sepenuh sokongan kepada calon BN di Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meskipun beliau tidak lagi bertanding di kerusi ‘selamat’ apabila pernah menang tiga penggal berturut-turut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar